Denaihati.com

Wednesday, 22 May 2013

Mutiara Iman : Bulan Tingkatkan Ibadah

Menuruti bulan Rejab dan Sya’ban ialah bulan Ramadhan. Seluruh umat Islam pastinya ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadhan kerana pada ketika itulah seluruh umat Islam berusaha bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba melakukan amal ibadah. Sebagai meraikan Ramadhan yang bakal menjelang umat Islam juga meraikan bulan Rejab dan Sya’ban. Banyak amal ibadat dilakukan sebagai penyambut kepada bulan Ramadhan.

Namun begitu, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya melupakan bulan-bulan lain kerana segala perintah dan larangan Allah tetap berjalan selagi kita hidup di dunia ini. Adalah tidak wajar sekiranya di bulan-bulan lain kita banyak melakukan maksiat dan menggunakan bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan untuk bertaubat seterusnya setelah selesai tiga bulan tersebut kita kembali melakukan kemungkaran.

Tidak dapat dinafikan bulan Ramadhan bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Begitu juga dengan bulan Rejab dan Sya’ban. Justeru, tidak ada dalil yang khas menyatakan tentang amalan bagi bulan Rejab, namun ianya menjadi sebagai satu platfom untuk kita meningkatkan ibadah sunnah dengan lebih gigih sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadhan. Begitu juga dengan bulan Sya’ban. Selain daripada bulan Rejab ialah bulan yang diharamkan melakukan pertumpahan darah serta dimuliakannya dengan memperbanyakkan amal soleh. Sepertimana yang difirmankan oleh SWT di dalam Al Quran :

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri. kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa." (At-Taubah: 36)

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kepada kita kesempatan dan kekuatan kepada kita untuk melaksanakan ketaatan dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas mengharapkan keredhaan Allah SWT.
sumber : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment