السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum
wbt dan Salam Sejahtera
Aisyah
r.a. berkata:
Dulu kami haidh di zaman Rasulullah S.A.W. Maka kami diperintahkan mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.
Riwayat: (Bukhari dan
Muslim)
1. Bagi kaum wanita yang tidak
dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa sunat 6
hari dalam Syawal akan memberi peluang terbaik untuk mereka mengqadha' puasa di
samping mendapatkan pahala berpuasa sunat.
2. Kebiasaan melambatkan qadha
sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya
dilakukan kerana ibadat wajib jika ditinggalkan sewajarnya segera diqadha'
sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah S.W.T kerana apakah
makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan
seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita
tinggalkan. Oleh itu selagi kesempatan diberikan pergunakanlah ia dengan
sebaik-baiknya kerana masa akan terus berlalu sedangkan Allah telah bersumpah
dalam al-Quran yang maksudnya:Demi
masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.
(al-Asr :1-3)
Sumber
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment