Denaihati.com

Tuesday, 23 July 2013

e Hadith: Rugi Bagi Mereka Yang Meninggalkan Sahur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Bersahurlah kamu, kerana makanan sahur itu mengandungi berkat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Betapa besarnya kurniaan Allah ke atas kita sehingga makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diberi ganjaran. Kebanyakkan orang selalu terlepas pandang daripada ganjaran besar ini semata-mata kerana malas untuk bangun di malam hari terakhir untuk bersahur, sedangkan waktu itulah yang paling diberkati oleh Allah SWT daripada kita melayan rasa mengantuk dan malas. Walaupun hanya dengan seteguk air kita disuruh untuk bersahur.

Di dalam sahih Bukhari, Ibnu Hajar ada menyebut tentang keberkatan sahur :

1) Dengan bersahur, sunnah dituruti.

2) Melalui bersahur ianya dapat membezakan diri antara ahli kitab dan umat yang lain.

3) Sahur menambahkan kekuatan untuk beribadat.

4) Bersahur meningkatkan keikhlasan dalam ibadah.

5) Bersahur menolong menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh lapar.

6) Waktu sahur, doa dimakbulkan.

7) Pada waktu sahur, seseorang itu dapat berpeluang untuk mengingati Allah dengan cara zikir, munajat, dan berdoa.

Semoga ALLAH mengurniakan limpah keberkatan yang tidak putus-putus kerana menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. WALLAHU’ALAM

sumber : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment