Denaihati.com

Thursday, 27 December 2012

e-Hadith: Buta Setelah Melihat, Ujian Untuk Mencapai Syurga Allah

Daripada Anas RA katanya,


 “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman, “Apabila aku menguji seorang hamba-Ku dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia menerima dengan sabar dan ikhlas, nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak.“ Yang Rasulullah  maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.

                                                                             Riwayat Bukhari


Huraian:


 1.       Allah menguji manusia bukan kerana kekurangan ilmu-Nya, tetapi untuk melahirkan atau menunjukkan
          kepada hamba berkenaan dan orang lain tentang kesabaran yang dimiliki yang melayakkan mendapat ganjaran
          daripada Allah kerana ganjaran yang dijanjikan mengikut kadar kepayahan yang dihadapinya.

 2.       Menjadi buta selepas melihat adalah dugaan Allah, sekiranya orang yang menjadi buta itu bersabar Allah
          akan kurniakan syurga sebagai gantinya.

 3.       Allah SWT akan memberi balasan syurga terhadap orang yang sabar menerima ujiannya.

 4.       Mata ialah sebesar-besar kurniaan Allah yang mempunyai peranan utama di dalam kehidupan seseorang. Oleh itu
          mata hendaklah digunakan untuk perkara manfaat dan diredai Allah



No comments:

Post a Comment