Denaihati.com

Friday, 18 January 2013

e-Hadith: Ukuran Kekuatan Muslim Pada Menahan Nafsu Marah

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”

Riwayat Bukhari

Huraian:

  • Ukuran kekuatan pada zaman jahiliah ialah kekuatan fizikal, tetapi Islam telah mengubahnya kepada nilai akhlak dan kemasyarakatan yang mulia.
  • Kita hendaklah menjauhi sifat marah, kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan, jiwa dan masyarakat.
  • Sifat sabar itu adalah daripada sifat-sifat yang mulia. Oleh itu hendaklah seseorang itu mengamalkan kesabaran.
  • Sifat pemarah adalah sifat mazmumah yang tidak diredai Allah kerana ia boleh meruntuhkan kebahagiaan hidup seseorang.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 

 

 

No comments:

Post a Comment