Denaihati.com

Thursday, 18 April 2013

Mutiara Iman: Sebab Bertambah Iman

1. Berilmu

Sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan hatinya beri’tiqad dengan kedua-duanya maka ia memperolehi KEMANISAN iman, tetapi kedudukannya tidaklah sama dengan orang yang mengetahui pengertian dan tuntutan dua kalimah syahadah ini secara terperinci; Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’ (yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah). ( Fathir: 28)

Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar: 9)


2. Beramal

Dengan melakukan banyak amal soleh, iman dan keyakinan akan bertambah kuat. Sebaliknya SEDIKIT amal akan tenggelam di dalam syahwat dan maksiat, iman akan menjadi lemah. Banyak melakukan maksiat boleh membawa sesetengah manusia sehingga mengengkari, menghalalkan yang haram, mendustakan Rasululah SAW, disebabkan menyokong atau membantu kejahatan dan kefasikan, akhirnya menjadi kufur.

Oleh kerana asas iman ialah mengaku Uluhiyyah Allah  dan memperhambakan diri, beribadat dengan ikhlas, maka pengakuan ini mengandungi dua jenis iaitu:

1.Pengakuan teori iaitu mempercayai di dalam hati, 
2.Pengakuan amali iaitu taat dan melaksanakan perintah.

Sesiapa yang memadai dengan pengakuan teori sahaja maka imannya adalah KURANG. Sebaliknya semakin banyak ia melakukan amalan ketaatan semakin BERTAMBAH pula imannya. Iman yang sempurna perlu mengandungi kedua-dua pengakuan tersebut. 

WALLAHU’ALAM

SUMBER : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment