السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
اللهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَا رٍّ عاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ
”Ya ALLAH! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat tidak merbahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda”
3x اللهُمَّ أَغِثْنَا
” Ya ALLAH! Berilah kami hujan”
اللهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأحْيِيْ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
” Ya ALLAH! Berilah hujan kepada hamba-hamba-Mu, ternakan-MU, berilah rahmat-MU dengan merata
dan suburkanlah tanah-MU yang tandus”
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Dengan nama ALLAH, yang tidak memberikan mudharat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Cara Allah mengingatkan sekalian manusia yang lalai dalam mentaatiNya dan sering melanggar perintahNya, maka DIA menurunkan bala bencana dengan pelbagai bentuk antaranya dengan DIA menimpakan bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, bahkan asap yang dikeluarkan yang dipanggil sebagai (jerebu). Kesemua bentuk bencana alam ini sudah terakam di dalam Al Quran yang membuktikan bahawa ianya suatu bentuk atau tanda kemurkaan Allah, peringatan atau tanda kita semakin hampirnya dengan suatu peristiwa dahsyat ( HARI QIAMAT ).
Apabila turun musibah Allah maka ianya bukan sekadar menimpa kepada mereka yang bermaksiat kepadanya akan tetapi ianya turun dan mengena kepada mereka yang taat kepada Allah.
Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar dan keinsafan di atas fenomena JEREBU yang terjadi di negara kita bukanlah hanya disebabkan asap kebakaran yang berlaku di negara seberang. Namun, yang perlu diingatkan buat renungan mata hati kita yang kian sirna ialah kita seharusnya merasa gerun dan takut bahawa ini adalah salah satu PERINGATAN ALLAH agar kita kembali mentaatiNya.
Justeru itu, ayuh kita mohon DOA agar Allah turunkan hujan, basahi bumi ini dengan RahmatNya yang sudah terhenti sejak berlaku jerebu. Moga DOA yang kita panjatkan dengan penuh pengharapan dimakbulkan oleh Allah SWT.
WALLAHU’ALAM
sumber : Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment