Denaihati.com

Friday, 19 July 2013

e-Hadith: Doa Dalam Qunut Witir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Diriwayatkan dari Hasan bin Ali r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepadaku beberapa doa yang aku baca dalam qunut witir: Ertinya: Ya Allah! berilah aku pertunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Eangkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.


Riwayat:(Ahmad Abu Daud, Annasa’i At-Tirmizi dan Ibnu Majah)



Huraian Hadith: 

1. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan berbagai macam ibadah adalah perkara yang sangat dianjurkan. Antaranya adalah solat tarawikh.



2. Orang yang berpegang pada mazhab Syafi'ie akan membaca qunut witir selepas melakukan solat tarawikh di mana ia dilakukan dalam solat witir tanggal malam ke 15 bulan Ramadhan hingga akhirnya.


3. Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya supaya berdoa kepada Allah memohon petunjuk, kesihatan, kemuliaan dan perlindungan dari segala kesusahan dan kehinaan.Oleh itu setiap kali membaca doa, bacalah dengan khusyuk sama ada secara berseorangan atau pun berjemaah kerana hanya doa yang dipohon secara bersungguh-sungguh sahaja akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment