السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awam daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari).
Huraian:
1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari
2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.
3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.
5. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah di hari akhirat kelak
Sumber : Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment