Denaihati.com

Wednesday, 24 July 2013

Mutiara Iman: Dosa Lalu Diampunkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman  dan mengharapkan rahmat ALLAH , nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


1.   Ramadhan adalah medan bagi setiap hamba meraih pengampunan daripada ALLAH kepada mereka yang dapat berpuasa dengan penuh keimanan serta mengharapkan rahmat ALLAH SWT.

2.   ALLAH SWT akan mengampunkan segala dosa-dosa hamba yang telah lalu sekiranya dia melakukan puasa dengan benar-benar meyakini akan segala keistimewaan yang dibentangkan khas kepada hamba-hambaNya.

3.   Pengampunan ALLAH adalah sesuatu yang besar dan ianya hanya akan diperolehi oleh mereka yang berpuasa semata-mata mengharapkan rahmat ALLAH SWT.

4.   Justeru, marilah sama-sama kita berpuasa dengan penuh keimanan pada bulan Ramadhan kali ini kerana ianya adalah satu-satunya peluang bagi kita memastikan kita menjadi dikalangan hamba-hamba yang diampunkan segala dosa. 

WALLAHU’ALAM 

Sumber : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment