Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.
Riwayat Ibn Abi Dunya
Huraian:
1.
Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku
ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana
ia boleh menambahkan keimanan.
2.
Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal
mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila
marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu
Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak
Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api
hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila
marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
3.
Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat
marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang
dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga
inilah yang paling terpuji.
4.
Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada
terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang
diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana
kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment