Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Dalam persahabatan juga turut mempunyai hak-hak yang perlu ditunaikan seperti yang diajarkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. Kaedah untuk menunaikan hak-hak persahabatan antaranya adalah seperti berikut :
Pertama: Mengenali hak persahabatan.
Apabila telah terjalin persahabatan diantara diri kita dan sahabat, maka wajiblah untuk menunaikan beberapa hak persahabatan dan wajib pula dijaga adab-adab dalam menunaikan hak-hak itu. Sabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : “Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu ialah perumpamaan kedua belah tangan, dimana yang satu membasuh yang lain.”
(Hadis riwayat Abu Mansor Ad Dilami dalam musnad Firdaus)
“Ya Rasulullah sebenarnya engkau lebih berhak untuk mengambil kayu miswak yang lurus ini daripadaku.”
Lalu Rasulullah s.a.w menjawab:
Ertinya “Tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dengan orang lain walaupun hanya satu saat sahaja, kecuali ia akan ditanyai pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya, apakah ia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak.”
Dan sabda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
Ertinya “TIdak bersahabat dua orang yang bersahabat kecuali yang lebih dicintai di sisi Allah ialah orang yang lebih lemah lembut dengan sahabatnya.”
Kedua : Adab-adab bersahabat.
1. Menunaikan hajat sahabatnya dengan segera.
2. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
3. Menutup keaiban sahabatnya.
4. Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
5. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabatnya
6. Mendengar dengan baik perkataan sahabatnya ketika bercakap.
7. Meniggalkan perbantahan dengan sahabatnya.
8. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
9. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
10. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
11. Menegah orang lain apabila mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.
12. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus.
13. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
14. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya masih hidup atau sudah meniggal dunia.
15. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematian sahabatnya.
16. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.
17. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
18. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar.
19. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.
20. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.
21. Hendaklah ia bangkit menghantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika ia keluar dari rumahnya.
22. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

Wallahu’alam.
Sumber : Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment