Denaihati.com

Friday, 8 November 2013

Allah Tidak Pernah Jemu Dengan Hamba

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Daripada Aisyah RH, Nabi SAW bersabda :

Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

ALLAH SWT tidak akan pernah jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi mana seseorang hamba itu tidak jemu beramal keranaNya. Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus.
Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada ALLAH secara berterusan. ( Syarah Sahih Muslim).

Kita hendaklah merasa sedih apabila berkurangnya amalan, apabila amalan berkurang tanda ALLAH mahu menjauhkan kita daripada DIA, jauhnya kita daripada ALLAH adalah kerana maksiat yang kita lakukan.Orang yang hidup hatinya sentiasa memikirkan apakah amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada ALLAH dan sentiasa mahu melakukan amalan walaupun sedikit. Antara orang yang memiliki rasa  kehambaan kepada ALLAH, sentiasa merasa kurang beramal, merasa hina diri dan derita dengan dosa-dosanya.

Sesungguhnya apabila kita berhenti daripada beramal, maka ketika itu ALLAH belum puas lagi bahkan tidak jemu untuk menanti amal daripada kita. Justeru itu, beramallah walau sedikit, kita mungkin merasa jemu namun DIA tidak pernah jemu menanti khidmat hamba-hambaNya.

WALLAHU’ALAM.
Sumber : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment