Denaihati.com

Wednesday, 22 January 2014

Bersatu Padu Asas Kekuatan Islam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

Daripada Abu Musa RA katanya, sabda Rasulullah SAW : “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:

1. Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu.

2. Tolong menolong dan bersatu padu adalah asas kekuatan dalam masyarakat Islam.

3. Hadis ini membuat perumpamaan untuk mendorong orang yang beriman supaya membudayakan sikap tolong menolong, bantu membantu sesama mereka. Ini kerana manusia tidak boleh hidup sendirian malah saling memerlukan antara satu sama lain, seperti sebuah bangunan yang bahagian-bahagiannya saling menguat dan melengkapkan antara satu sama lain. Walaupun kedudukan dan peranan mereka berbeza tetapi perbezaan itu adalah berdasarkan kepada persediaan dalaman masing-masing atau keupayaan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT.

4. Islam adalah agama kemasyarakatan dengan ertikata  menggalakkan umatnya hidup bermasyarakat, setiap individu merupakan sekeping bata dalam bangunan kemasyarakatan, dia wajib memelihara hak orang lain sepertimana haknya wajib dipelihara oleh orang lain.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Unit Islam Hadhari MOA

 

No comments:

Post a Comment