Denaihati.com

Saturday 1 March 2014

Hendaklah Berfikiran Positif

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat,
“Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.”
Riwayat Muslim
Huraian : 
1.      Umat Islam dikehendaki supaya sentiasa baik sangka kepada Allah ketika hidup di dunia terutama ketika hampir mati
2.      Umat Islam hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat dan kemapunan daripada Allah Taala
3.      Orang-orang Islam adalah sentiasa dikehendaki melakukan amalan-amalan soleh sebagai bekalan untuk menghadapi mati
4.      Orang yang beriman di larang berputus asa, malah hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan Allah lebih-lebih lagi di waktu hampir ajal
5.      Pada waktu sihat seseorang muslim hendaklah melebihkan takut harapan, kerana takut akan mendorongnya menunaikan ibadah dan meninggalkan maksiat.
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


No comments:

Post a Comment