Denaihati.com

Monday, 25 August 2014

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

  1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
  2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan 
  3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
  4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
  5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
  6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
  7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
  8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
  9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
  10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
  11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
  12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
  13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
  14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan ­fikiran andalupa pada snek malam.
  15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
  16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
  17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
  18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
  19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
  20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Disedut Dari Karangkraf

Sunday, 24 August 2014

Gastrik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Gastrik terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid Gastrik iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan.Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat yang tidak mengikut waktu yang tetap. Apabila amalan ini diteruskan dalam jangka masa kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu :-

ü  Merokok
ü  suka makan nenas
ü  Suka makan mee segera
ü  Suka jeruk kering dan basah
ü  Suka Junk food
ü  Suka minum minuman bergas
ü  Suka makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka
ü  Suka makan makanan terlalu pedas
ü  Suka makan hingga tersangat kenyang
ü  Suka makan ubat doktor atau tradisional tertentu
ü  Suka makan makanan yang bercuka.


Tanda-tanda penyakit gastrik:

Ø  Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.

Ø  Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

Ø  Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

Ø  Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut

Ø  Sakit ulu hati

Ø  Rasa perut kembung

Rawatan penyakit gastrik

v  Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
v  Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
v  Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
v  Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
v  Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
v  Elakkan makan terlalu kenyang
v  Elakkan cuka, makanan yang pedas
v  Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
v  Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
v  Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
v  Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

v  Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Sumber : Pakcik Google

Terdapat Vitamin dan Suplemen yang dapat membantu menyembuhkan Gastrik. Berikut adalah Vitamin dan Suplemen Semulajadi untuk merawat penyakit tertentu secara alami seperti Gastrik dan Peptic ulser.Product produck ini Natural,dan Non-GMO.Dihasilkan melalui penyelidikan yang rapi oleh para saintis Shaklee.

ESP (Energizing Soy Protein)
Protein merupakan keperluan asas sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh.
Membantu masalah gastrik

B-complex
B-complex terdiri daripada 8 kumpulan vitamin B dan hanya berfungsi dengan efektif apabila semua komponen hadir bersama. Vitamin b-complex bertindak sebagai ubat penenang atau anti-stress. Stress boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik, jadi b-complex dapat membantu. Ia juga membantu pengeluaran antibodi. Gastrik mungkin terjadi disebabkan jangkitan, jadi untuk melawan jangkitan, antibodi yang cukup harus hadir.

Ostematrix
Ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu meredakan masalah gastrik. 



Saturday, 23 August 2014

Sedekah dan Pemaaf

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Semoga bermanfaat untuk kita semua Insyaallah.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.

Huraian Hadith:
  • Umat Islam digalakkan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya. 
  • Orang-orang Islam janganlah merasa sayang kepada harta bendanya untuk membelanjakannya kepada perkara-perkara kebaikan kerana setiap pemberian akan diganti oleh Allah Taala. 
  • Sifat merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat seseorang kerana Allah memberi jaminan akan mengangkatkan darjat orang yang bersifat demikian. 
  • Sedekah tidak mengurangkan harta kerana Allah sentiasa menambah keberkatannya yang menambah suburnya harta ini, atau ganjaran yang dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda. 
  • Orang yang bersifat pemaaf dan berbudi bicara akan disanjung dan dihormati di dunia dan dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat, begitu juga orang yang bertawaduk kerana Allah akan mendapat kedudukan di hati manusia dan ganjaran yang besar di sisi Allah. 
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/ Unit Islam Hadhari MOA

Friday, 22 August 2014

BATU KARANG

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Adakah anda mengalami sakit pinggang terutamanya di bahagian belakang berpanjangan?
Kencing berdarah?
Demam menggigil?
Muntah-muntah?
Air kencing keruh dan atau berbau busuk daripada biasa?
Sakit ketika membuang air kecil?


Jika anda mempunyai simptom di atas, anda perlu bertemu doktor dengan segera, kerana anda mungkin mempunyai penyakit BATU KARANG.


Apa itu penyakit batu karang?

Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia terutamanya. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing  seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.

Bagaimana boleh terjadi?

# tubuh seseorang itu kurang air
# memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, minum banyak kopi dan teh dan sebagainya.
# seseorang itu mumpunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Gejala/ Tanda-tanda Batu Karang

# Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk.  
# Sakit pinggang
# Sakit ketika buang air kencing
# Air kencing berdarah.
# Air kencing keruh dan berbau busuk.
# Mual dan muntah.
# Sentiasa terasa hendak kencing.
# Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)

Cara mengatasi

# Minum air masak 8-12 gelas sehari.
# Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
# Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
#Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
# Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.

# Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan

Shaklee menawarkan pelbagai suplement untuk mengurangkan kesakitan akibat batu karangang. Antaranya adalah :- 

B-Complex 
menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang 

Vita-C
mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid

OsteMatrix
Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang 

Alfalfa Complex
Mengurangkan keradangan akibat batu karang

Carotomax
menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Lecithin
membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

Untuk Yang berminat mahu mendapatkan shaklee dengan harga yg superb boleh sms/whatapp 016-9930939.

Friday, 27 June 2014

Sunday, 1 June 2014

Taubat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.
Riwayat Bukhari & Muslim

Thursday, 15 May 2014

Menyegerakan Hutang Puasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Aisyah r.a. berkata:

Dulu kami haidh di zaman Rasulullah S.A.W. Maka kami diperintahkan mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.

Riwayat:  (Bukhari dan Muslim)

Thursday, 1 May 2014

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Daripada Abu Qatadah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda :

 “Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid maka janganlah ia duduk sehingga ia selesai sembahyang sunat (Tahiyyatul masjid) sebanyak dua rakaat”.
Riwayat Muttafaqun ‘Alaih


Tuesday, 1 April 2014

Jangan Sakiti Suamimu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya,
 “Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami”.
Riwayat:  At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan

Saturday, 1 March 2014

Hendaklah Berfikiran Positif

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat,
“Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.”
Riwayat Muslim

Wednesday, 22 January 2014

Menjauhi Sifat-sifat Tercela

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

 

Bukankah aku telah memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian:

1.      Keras kepala (degil) adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu juga orang yang tamak pada harta dan tidak suka membelanjakan harta untuk kebaikan kerana sombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka.

2.      Harta merupakan amanah Allah kepada menusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungan serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredhai oleh Allah.

3.      Islam amat melarang umatnya bersifat dengan sifat-sifat yang tercela, seperti sombong, takbur, riak, keras kepala, suka tamak dan sebagainya kerana semua sifat-sifat ini boleh menyeret seseorang itu ke dalam neraka.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Unit Islam Hadhari MOA

 

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.

Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian:

1.      Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2.      Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3.      Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

a.       Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

b.      Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Unit Islam Hadhari MOA

 

Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

Dari Aisyah r.a katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)".

Riwayat Aisyah r.a

Huraian:

i)    Sakratul Maut adalah suatu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan yang tertentu pada masa roh hendak meninggalkan jasad seseorang.

ii)   Ia (sakratul maut) akan tetap ditempuh oleh setiap manusia dengan berbagai-bagai cara sama ada yang berat dan sukar atau yang mudah dan senang.

iii) Menurut huraian para ulama' , Allah menjadikan nabi-nabi dan wali-wali-Nya menderita sukar menghadapi Sakratul maut hanyalah untuk menambahkan ketinggian darjat mereka sedangkan bagi orang-orang Islam yang lain mengalami kesukaran sakratul maut adalah sebagai kaffarah (penghapus dosa) daripada kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.

iv)   Berdasarkan hadith ini suatu kesimpulan dapat dibuat bahawa anggapan tentang beratnya ˜Sakratul maut' itu menandakan kemurkaan Tuhan dan ringannya pula menandakan keredaan Tuhan adalah tidak benar. Malah ia sebenarnya bergantung pada kedudukan seseorang itu di sisi Allah S.W.T, bukan berdasarkan penilaian mata kasar dan mata hati manusia semata-mata.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Unit Islam Hadhari MOA

 

Hakikat Sembahyang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku'nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.

Riwayat Muslim

Huraian:

i)   Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riya' dan takabur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.

ii)  Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwudhuk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.

iii) Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.

iv) Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Unit Islam Hadhari MOA

 

Bersatu Padu Asas Kekuatan Islam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

Daripada Abu Musa RA katanya, sabda Rasulullah SAW : “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:

1. Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu.

2. Tolong menolong dan bersatu padu adalah asas kekuatan dalam masyarakat Islam.

3. Hadis ini membuat perumpamaan untuk mendorong orang yang beriman supaya membudayakan sikap tolong menolong, bantu membantu sesama mereka. Ini kerana manusia tidak boleh hidup sendirian malah saling memerlukan antara satu sama lain, seperti sebuah bangunan yang bahagian-bahagiannya saling menguat dan melengkapkan antara satu sama lain. Walaupun kedudukan dan peranan mereka berbeza tetapi perbezaan itu adalah berdasarkan kepada persediaan dalaman masing-masing atau keupayaan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT.

4. Islam adalah agama kemasyarakatan dengan ertikata  menggalakkan umatnya hidup bermasyarakat, setiap individu merupakan sekeping bata dalam bangunan kemasyarakatan, dia wajib memelihara hak orang lain sepertimana haknya wajib dipelihara oleh orang lain.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Unit Islam Hadhari MOA