Denaihati.com

Friday, 2 August 2013

Mutiara Ramadhan: Banyakkan Bersedekah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dari Ibn Abbas r.a. katanya:
Adalah Rasulullah SAW lebih-lebih lagi kemurahannya dan sedekah pemberiannya dalam bulan Ramadhan,  ketika malaikat Jibril datang menemuinya. Baginda ditemui oleh Jibril tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Qur'an bersama.  Sebenarnya Rasulullah SAW sangat-sangat bermurah hati dan sentiasa mengerjakan kebajikan (dengan tidak bertangguh lagi), lebih deras daripada hembusan angin (pembawa rahmat)". 



(Riwayat Bukhari) 

Huraian:

1.   Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW tidak ada tandingannya, sehingga Baginda dipuji oleh ALLAH SWT di dalam Al-Quran Al-Karim.  Di antara sifat-sifat Baginda yang mulia seperti digambarkan di dalam hadis ini ialah tangannya sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan kepada orang-orang yang memerlukannya, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan, kerana pahalanya lebih besar daripada pemberian pada bulan-bulan yang lain. 

2.   Sifar pemurah Nabi kita SAW bukanlah hanya di bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan yang lain, sehinggakan kepada siapa sahaja yang meminta Baginda tidak pernah menghampakannya. Sekalipun Nabi tidak punyai apa-apa namun tetap sahaja Baginda akan memberikan sesuatu sehingga Nabi akan berhutang demi tidak menghampakan perasaan orang yang meminta.  Apatah lagi kepada fakir miskin sentiasa dihulurkan bantuan. 

3.   Kandungan hadis ini menggalakkan kita supaya memperbanyakkan sedekah  di dalam bulan Ramadhan mengikuti sifat Nabi SAW yang sangat kita cintai. Jadikan Ramadhan pada kali ini sebagai medan untuk kita menjadikan diri kita dikalangan mereka yang pemurah sesama makhluk. 

WALLAHUA’LAM. 


Sumber : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment