Denaihati.com

Wednesday, 5 December 2012

e-hadith: Jangan Sakiti Suamimu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
 
Daripada Mu'az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya, "Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, "Jangan engkau menyakiti". Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami".
Riwayat At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan

Huraian:
1. Islam melarang isteri menyakiti hati suami tanpa sebab yang diharuskan syarak.
2. Islam menggalakkan berbaik-baik antara suami isteri untuk menjamin kerukunan rumahtangga.
3. Hubungan suami isteri didunia ini hendaklah dipelihara dengan baik semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhirat.
sumber : Unit Islam Hadhari MOA

#suamiku... aku akan berusaha menjadi isteri terbaik untukmu.. insyaallah

No comments:

Post a Comment