Denaihati.com

Wednesday, 5 December 2012

Maafkan semua perkara yang menyakitimu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bebaskan hati kita dari dendam. Apabila kita masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kita hanya menyakiti diri sendiri, bukan menyakiti orang yang kita marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik.
Maafkan sesiapa yang telah melukakan kita, bersalah dengan dengan kita. Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan: "Aku maafkan dan bebaskan ..... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan mendapat hidayah serta kebaikan."

Antara kebaikan yang akan kita rasai apabila memaafkan seseorang:
  • 1.Hati akan menjadi bersih/suci.
  • 2.Fikiran menjadi tenang
  • 3.Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh
  • 4.Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati
  • 5.Suntikan hidayah akan memasuki jiwa
  • 6.Rezeki akan dipermudahkan dan semakin diberkati
  • 7.Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut
  • 8.Diri akan menjadi lebih produktif kerana kita lebih bertenaga dan bersemangat
  • 9.Doa cepat dimakbulkan kerana orang yang mengasihi dan mengelakkan musuh akan dicintai Allah.
  • 10.Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat.
Hidup ini adalah indah, apabila kita benar-benar menghayati cara hidup Islam dan saling sayang menyayangi serta maaf - memaafkan diantara sesama saudara, kerana manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan salah dan silap.


Segalanya terletak pada hati, perasaan, fikiran dan minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah SWT dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang kita miliki. Keselamatan, kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Segalanya bermula daripada hati yang baik lagi sejahtera.
Sabda Rasullullah SAW : "Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan"..
Riwayat Bukhari dan Muslim
Sumber :Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment