Denaihati.com

Thursday, 7 February 2013

e-hadith: Dosa Kecil Jangan Dipandang Ringan

Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara -perkara yang mencelakakan (dosa besar).”

Riwayat Bukhari

Huraian :

1.        Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah dan lebih-lebih lagi memandang ringan pada dosa besar.

2.       Orang yang paling mengenal Allah selepas nabi dan rasul adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pengetahuan mereka luas yakni tidah menganggap remeh kepada sesuatu perkara.

3.       Para sahabat begitu perihatin akan sesuatu perkara dan tidak pernah menganggap ringan.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 

 

No comments:

Post a Comment