Hadis daripada Uthman r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
Tidaklah seorang Muslim yang mendapati waktu solat fardhu, lalu berwuduk dengan sempurna dan khusyuk dalam mengerjakan solatnya, melainkan semua itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya yang telah lalu selagi dia menjauhi dosa besar, dan keadaan ini berlaku sepanjang hayatnya.
(Riwayat Muslim).
1. Pastikan diri dan pakaian dalam keadaan bersih. Pakai sedikit wangian jika boleh.
2. Datang awal ke masjid (bagi yang solat berjemaah).
3. Rehat 2-3 minit sebelum melakukan solat. Elakkan terus melakukan solat setelah melakukan sesuatu perkara yang meletihkan fizikal (contoh: bersukan) dan mental (contoh: ulangkaji).
4. Solat sunat dua rakaat (rawatib) sebelum solat fardhu.
5. Fahami maksud setiap bacaan di dalam solat.
9. Solat dengan kelajuan yang sederhana, tidak terlalu pantas dan tidak terlalu perlahan.
Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu kita semua di dalam mencapai solat yang lebih baik.
Sumber : Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment