Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda,
"Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.
Riwayat Muslim
1. Jauhilah sifat bakhil kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian.
2. Umat Islam dilarang zalim menzalimi dan memfitnah sesama mukmin kerana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada membunuh.
3. Rasulullah SAW memberi ingat kepada umatnya supaya mengeluarkan sedeqah dan membelanjakan ke jalan yang halal.
4. Kezaliman adalah antara dosa besar yang akan menyebabkan pelakunya dikenakan azab seksa yang berat di akhirat nanti.
5. Tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjuruskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)/ Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment