Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
I. Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah SWT menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh mencegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran .Walau bagaimanapun, kebanyakan manusia yang melakukan ibadah sembahyang, namun tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan yang tidak seharusnya berlaku.
ii. Sembahyang diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Sembahyang punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami sembahyang akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Sembahyang mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang .
iii. Sebagai langkah bagi melahirkan diri dan hati yang indah ketika solat ialah dengan memahami solat menghayati maksud kalimah yang dituturkan. Ramai yang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, namun tidak mampu menghayatinya. Malah ada juga yang tidak tahu langsung apa yang dituturkan di dalam solat lalu bagaimana solat mampu menjadikan sebuah ketenangan serta kesan di dalam diri manusia?.
iv. Kesan sembahyang yang khusyuk pula ialah membantu untuk tidak melakukan perkara maksiat dan mungkar. Selepas mengamati dan menghayati bacaan, maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri.
v. Secara kesimpulannya solat adalah tiang agama dan tonggak kepada kehidupan. Elakkan daripada terjebak dengan perkara yang boleh merosakkkan penumpuan minda ini boleh mencederakan sembahyang itu. Dengan ini, maksudnya sembahyang tadi tidak tercapai, sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi, cara terbaik untuk menghindari maksiat dan mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap maksud bacaan tersebut.
WALLAHU’ALAM

Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment