Denaihati.com

Friday, 16 August 2013

e-Hadith: Apalah Ada Pada Rupa Paras

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”


Riwayat Muslim


Huraian: 

1. Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
 
2. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
 
3. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.
 
4. Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia / Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment