Denaihati.com

Friday, 16 August 2013

e-Hadith: Sunat Berpuasa Enam Hari Di bulan Syawal

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. 


Riwayat Muslim 



Huraian : 

1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit. Ibadat puasa di bulan Ramadhan adalah satu tarbiyah/didikan yang tidak berakhir apabila berlalunya Ramadhan. 

2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.

3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Ayuh kita berpuasa, didik nafsu dan hati kita setelah Ramadhan dengan menahan lagi nafsu makan di bulan Syawal ini. Semoga Allah memberi kesempatan dan kekuatan untuk kita bermujahadah dengan berpuasa lagi 6 hari di bulan ini. Namun, dalam Islam bukan kuantiti atau angka yang diukur atau dinilai tetapi soal  nilai ketaatan dan kecintaan kita kepada perintah ALLAH yang dijadikan sebagai kayu ukurnya. WALLAHUA’LAM. 



sumber : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment