Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Sabda Rasulullah
s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara,
sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang
melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu
daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah)
apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji
ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang
basah ) .
Riwayat Riwayat Ahmad
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang
diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat
melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti
amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah
terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas
di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab
tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada
mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri
amanah, kepakaran dan ketakwaan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia /Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment