Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Daripada Ibnu Umar R.huma katanya, bersabda Rasulullah
SAW,
"Orang mukmin
sentiasa berada di dalam ketenangan agamanya (dengan mengharapkan rahmat Allah)
selagi dia tidak menumpahkan darah secara haram (tidak pernah membunuh
melainkan dengan kebenaran yang hak)".
Riwayat Bukhari
1. Orang mukmin
yang tenteram ialah orang mukmin yang sentiasa menjaga haknya dan menjaga hak
orang lain serta tidak menganiaya.
2. Manusia itu
sentiasa di dalam keadaan keluh kesah apabila menghadapi suatu ujian melainkan
orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan menjaga hak-hak yang disuruh
oleh Islam.
3. Hendaklah
dijauhi daripada perbuatan aniaya sesama mukmin kerana perbuatan tersebut akan merugikan
agama Islam.
4. Membunuh
tanpa hak adalah dosa besar yang menutup harapan rahmat Allah dan menyebabkan
pelakunya termasuk golongan orang yang putus asa daripada rahmat sekiranya dia
tidak bertaubat.
Sumber Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia / Unit Islam Hadhari MOA
No comments:
Post a Comment