Denaihati.com

Friday, 2 August 2013

Mutiara Ramadhan: Bermula 10 malam Terakhir Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah SAW bertahajud ( menghidupkan malam ) pada sepuluh malam yang akhir (dari bulan Ramadhan), berbanding dengan masa yang lain".
(Riwayat Muslim) 




Huraian:



1.   Bulan Ramadhan adalah bulan anugerah teristimewa yang dikurniakan kepada ummat Muhammad SAW. Rasulullah SAW memperbanyakkan amalannya pada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan. dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut



2.   Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.



3.   Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya



4.   Di antara malam-malam terakhir Ramadhan terdapat suatu malam yang dikenali sebagai “ Lailatul Qadar”  suatu malam yang memiliki keberkatan teramat besar. Bertuahlah seorang yang dapat memperolehi  keberkatan sepenuhnya daripada malam ini dengan beribadat kepada ALLAH.  



5.   Pada malam ini merupakan permulaan kemuncak malam yang dinanti dan dicari oleh mereka yang merindukan Lailatul Qadar. Bermula pada malam ini adalah malam bagi kita berusaha untuk bangun menghidupkan malam dengan beriktikaf di masjid, solat, membaca Al Quran, berzikir, berdoa serta bermunajat kepada Allah SWT. 



6.   Melakukan ibadat kepada ALLAH memerlukan kepada konsentrasi dan kesungguhan bukannya dilakukan dengan sambil lewa sahaja. Bagi mereka yang mengetahui kelebihan dan merasai keistimewaan yang terdapat pada 10 malam terakhir pasti tidak akan membiarkan malam berlalu begitu sahaja. 



5.   Berdasarkan hadis-hadis sahih, Lailatul Qadar akan berlaku pada sepuluh malam yang terakhir. Sesungguhnya malam Qadr hanya berlaku pada salah satu malam terakhir Ramadhan. Bersama-samalah kita merebutnya.



WALLAHUA’LAM. 

Sumber : Unit Islam Hadhari MOA

No comments:

Post a Comment